Selasa, 31 Oktober 2017

8 Cara Turunkan Paras Kolesterol Dalam Darah Dengan Cepat Sebelum Terpaksa Bergantung Dengan Ubat Sepanjang Hidup

                                Foto Kredit : www.ijaramli.com


Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah selalunya berkaitan dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti memakan makanan yang tinggi lemak tepu dan kurang aktiviti fizikal.

Selain itu, ia boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan (obes), kuat merokok, cepat tua (arteri semakin semakin sempit), genetik, dan masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit hati atau buah pinggang.

Mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, ditambah pula ada masalah kesihatan, pasti akan terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan sepanjang hayat. Sanggup ke telan berpuluh-puluh pil selama bertahun-tahun, tetapi kesihatan bukan semakin baik malah semakin merosot pula.

Semakin tua, terpaksa pula terlantar di katil hospital, bergantung pada mesin setiap masa, sedangkan teman-teman seangkatan sedang seronok bermain bersama anak cucu. Tentu kita tak nak ini terjadi kepada diri kita atau ibu, ayah, atau saudara-mara kita kan?

Cara Turunkan Paras Kolesterol Dalam Darah

Sebelum keadaan jadi lebih buruk, cepat-cepatlah berusaha turunkan paras kolesterol yang tinggi itu. Bukan susah. Ikut saja semua panduan di bawah!

#1. Bergerak!
Untuk merendahkan kolesterol jahat (LDL), aktiviti fizikal berterusan mampu menaikkan paras kolesterol baik (HDL) sehingga 10%.

Sama ada berjalan 10,000 langkah sehari atau sekadar berjalan-jalan selama lima minit setiap jam jika anda bekerja sudah memadai. Bersenam lima hari dalam seminggu amat baik untuk menurunkan paras kolesterol anda.

#2. Jauhi lemak tepu!
Lemak tepu ialah lemak yang boleh membeku dengan cepat pada suhu bilik. Contohnya lemak pada santan, dan lemak pada daging lembu. Telur ayam juga mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Begitu juga dengan makanan laut dan makanan berasaskan tenusu.

Ambil banyak lemak baik seperti minyak ikan, minyak sayuran. Minyak ikan mengandungi Omega-3 yang membantu menurunkan paras kolesterol jahat dalam darah.

#3. Makan banyak serat
Buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh amat kaya dengan serat malah mengandungi anti-oksidan juga. Serat yang melarut (seperti alfalfa) menyerap kolesterol seperti span dalam salur penghadaman.

#4. Makan ikan dan minyak ikan
Banyak kajian menunjukkan ikan dan minyak ikan amat bagus dalam menurunkan kadar kolesterol jahat dalam salur darah.

Ambil hidangan ikan salmon kerana ia sangat kaya dengan Omega-3. Sumber lain Omega-3 ialah seperti kacang soya, canola, flaxseeds, juga kacang walnut.

#5. Teh hijau
Teh hijau adalah alternatif yang lebih sihat berbanding minuman soda dan bergula. Kajian menemui teh hijau amat membantu menurunkan kolesterol berbanding teh hitam.

#6. Makan kacang
Kacang seperti walnut dan almond mempunyai manfaat menurunkan kolesterol jika diambil dalam kadar yang tetap. Tetapi oleh kerana ia tinggi kalori, maka pengambilannya haruslah dihadkan.

#7. Kurangkan merokok
Jika anda berada dalam kategori perokok tegar, kurangkanlah merokok atau berhenti terus daripada mengambil bahan beracun ini.

#8. Ambil suplemen!
Pengambilan suplemen yang betul dan konsisten terbukti dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah. Lebih baik, pilihlah suplemen yang berasaskan sumber semulajadi kerana suplemen sintetik tiada bezanya dengan ubat yang anda ambil.

Sumber : ilhamfamilysihat.blogspot.my

Tak Suka Minum Air Suam? Lihat 5 Manfaat Ini, Anda Pasti Ubah Fikiran!

                                Foto Kredit : SirapLimau

“Apa manfaat minum air suam hari-hari? Tak bosan ke? Aku rasa air suam ni tak sedap pun nak diminum, lebih baik minum air berperisa, baru berselera!”
Tawar di lidah apatah lagi di tekak, itulah rasa air suam, air putih, atau air kosong yang membuatkan sesetengah individu ‘tak lalu’ untuk meminumnya. Mungkin, ini merupakan alasan mengapa minuman yang manis dan berkafein lebih digemari oleh golongan tersebut berbanding air suam.

JADIKAN AIR SUAM SEBAGAI MINUMAN KEGEMARAN

Ya, benar masing-masing mempunyai kegemaran dan kesukaan masing-masing. Dan setiap individu juga mempunyai sesuatu yang kurang digemari dan kurang disukai. Ianya menjadikan setiap individu itu berbeza dan tidak sama antara satu sama lain.
Namun, untuk golongan yang tidak suka minum air suam, anda perlu mengubah fikiran terhadap kepentingan air suam. Ia seharusnya menjadi kesukaan setiap individu kerana terdapat pelbagai kebaikan dan manfaat minum air suam.
                               Foto Kredit : http://www.w24.co.za

5 MANFAAT MINUM AIR SUAM YANG ANDA PERLU TAHU

Berikut merupakan 5 manfaat minum air suam dalam amalan seharian kita. Kepada yang tidak suka akan air suam, bersedia untuk berubah fikiran kerana air suam bakal menjadi kegemaran anda selepas ini!

1. MEMPERBAIKI SISTEM PENCERNAAN

Minum air suam terutamanya ketika awal pagi dapat merangsang sistem pencernaan untuk memudahkan makanan dicerna. Ini kerana, apabila air suam diminum, pembuluh darah akan mengembang (dilate) dan ini membantu kita untuk mencernakan makanan dengan lebih baik sekaligus mengatasi masalah sembelit.
                                Foto Kredit : www.wom.my

2. MEMPERBAIKI PEREDARAN DARAH

Penyingkiran toksin yang berlaku apabila kita minum air suam akan dapat memperbaiki peredaran darah dalam badan. Dengan sistem peredaran darah yang baik ini, kita akan berasa lebih tenang.

3. MEMBANTU PENURUNAN BERAT BADAN

Bagi yang mengimpikan berat badan yang ideal, air suam adalah minuman terbaik untuk anda pada awal pagi. Air suam akan meningkatkan suhu badan dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Ianya dapat membantu tubuh badan untuk membakar lebih banyak kalori sepanjang hari dan membantu penurunan berat badan.

4. MEMPERBAKI SEL KULIT

Kehadiran toksin dalam badan boleh menyebabkan penuaan yang lebih cepat terhadap kulit berbanding usia sebenar. Bagi memiliki kulit yang lebih anjal, jadikan amalan meminum air suam ini setiap hari. Ianya membantu menyingkirkan toksin daripada badan dan memperbaiki sel-sel kulit sekaligus menjadikan kita kelihatan ‘awet muda’.

5. MENGURANGKAN KESAKITAN

Antara manfaat lain minum air suam, ianya juga dapat mengurangkan rasa sakit akibat kekejangan pada anggota badan termasuklah kekejangan yang sering kali dialami oleh wanita ketika menstruasi yang lebih dikenali sebagai ‘period pain’. Ini kerana, air suam dapat membantu otot-otot yang berkenaan untuk lebih relaks dan seterusnya melegakan kesakitan yang dihadapi itu.

JALANI HIDUP SIHAT DENGAN AIR SUAM

Walaupun terdapat banyak manfaat minum air suam, kita masih perlu bersederhana dalam pengambilannya. Ini kerana, pengambilan air suam secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang berasa pening kepala, muntah, kepenatan, dan membuang air kecil dengan sangat kerap. Sesetengah individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor dan pakar mengenai kuantiti yang sesuai untuk mengamalkan air suam ini setiap hari.
Dengan perkongsian tentang manfaat minum air suam ini, diharap kita semua dapat menjadikan air suam sebagai amalan hidup sihat dalam menjalani aktiviti seharian. Semoga dengan izin Allah, semua manfaat ini berkesan untuk diri kita dan kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah.
Sumber : siraplimau.com

WhatsApp Tambah Fungsi Padam Mesej Jika Tersalah Hantar



WhatsApp akhirnya telah menambah satu fungsi yang sangat dinanti-nantikan penggunanya, padam mesej yang tersalah hantar.
Menerusi fungsi berkenaan, apabila satu-satu mesej tersilap hantar, anda boleh memadamkan mesej tersebut sebelum sempat dibaca oleh penerima dan mesej yang dipadam itu akan digantikan dengan “Mesej Ini Telah Dipadam”.
Menurut WhatsApp, anda dibolehkan memadam mesej yang dihantar dalam tempoh 7 minit sahaja. Sekiranya teks itu melebihi masa berkenaan, ia tidak boleh dipadam lagi. Untuk memadam mesej yang tersalah hantar itu, sentuh lama pada teks, tetingkap akan terpapar, pilih Delete For Everyone.


Fungsi padam mesej tersalah hantar ini sudah mula ditawarkan secara berperingkat dan anda perlu mengemaskini kepada versi yang terkini.
Sumber: WhatsApp

Punyalah Banyak Khasiat Halba, Eloklah Kaum Wanita Simpan Stok 1 Kilo Di Dapur!



Baru-baru ini viral sekejap tentang petua kurus guna khasiat halba, nak dijadikan cerita sampai ramai yang sanggup post gambar air rendaman halba di media sosial sebab nak kongsi kesan dan betapa bagusnya khasiat halba. Bagi anda yang belum tahu kelebihan air rendaman halba, jemput baca perkongsian info daripada Zaimah Zakaria ini…
Rasulullah saw bersabda:
‘Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? ‘
Sila baca dan sebarkan. Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.
Rasulullah saw bersabda:
‘Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ‘(Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda:
‘Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk

– Melancarkan haid
– Menghilangkan kembung,sebu dan senak
– Pencuci perut
– Menguatkan jantung
– Menghilangkan lender tekak
– Melegakan sakit kepala/ migraine
– Membuang angin
– Menyembuhkan buasir
– Senggugut
– Merangsang rahim
– Kegemukan
– Kurang berat badan
– Mengawal kencing manis
– Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu

– Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
– Anemia

3. Untuk anak-anak yang baligh

– kecergasan
– kekuatan badan
– Tumbesaran


4. Untuk ibu menyusu

– Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.
Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;
Cina: Hu Lu Ba
Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam
Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga utk stamina, kecergasan dan utk menstabilkan gula dlm darah, sesiapa yg ada masalah diabetis boleh juga cara ni.

Cara-caranya:

Goreng halba tanpa minyak – jgn plak sampai hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu. (Daripada minum Coke yang takde khasiat)
Sumber : getaviral.com
Imej : http://petua.whatta.org

Air Detoks Bantu Wanita Cepat Kurus, Buang Toksin & Rasa Lebih Sihat Bertenaga. WAJIB Cuba!


Wanita yang nak cepat kurus, nak buang toksin dalam badan agar lebih rasa sihat dan bertenaga boleh cuba amalkan air detoks. Sebab amalan meminum air detoks atau infused water menjadi salah satu trend kesihatan dipercayai dapat menurunkan berat badan dengan cepat badan pun rasa lebih sihat dan segar.
Air detoks adalah air putih yang dicampurkan dengan hirisan buah-buahan atau herba dan dibiarkan selama beberapa jam atau semalaman sebelum dinikmati. Ia bertujuan untuk proses detoksifikasi, bagi membantu menyingkirkan racun dalam tubuh dan radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Dengan detoksifikasi sistem badan berjalan lebih lancar, rasa lebih segar, melancarkan pencernaan dan membantu mengurangkan pengambilan kalori sehingga mengurangkan lemak di dalam badan.
Untuk mendapatkan detoksifikasi yang berkesan dan berlipat kali ganda, terdapat beberapa cadangan bahan yang boleh digunakan sebagai campuran  air detoks. Setiap bahan-bahan ini pula, memiliki manfaat yang berbeza pada tubuh badan.
Antara bahan-bahan yang sering digunakan ialah:
1.Lemon + Daun Pudina
Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.
2. Timun + Limau + Lemon
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.
3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.

4. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren
Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.
5.Strawberi + Oren +Daun Pudina
Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.
Cuba check dalam peti sejuk, bahan apa yang ada? Nak buat air detoks ni senang je. Hiris-hiris, rendam semalaman didalam air atau beberapa jam dah boleh terus minum.Tapi ingat jangan letak gula pulak tau! tambah kalori pulak nanti.
Selamat Mencuba!
sumber : mingguanwanita
imej : nycfit.com/detox-cleanse-truth


Selasa, 24 Oktober 2017

Betul Ke Tak Boleh Guna Air Mineral Untuk Bancuh Susu? Baca Penjelasan Ini.

APA SALAH AIR MINERAL??


Sebuah media tempatan telah menyiarkan satu artikel berkenaan bancuhan susu dalam air mineral. Ia dikatakan bahaya kepada buah pinggang dek kerana campuran susu formula dan air mineral mengandungi garam (sodium) yang tinggi. Adakah ini benar?
IANYA MITOS SEMATA-MATA! 
Mari kita lihat dan fahami keperluan garam (sodium) bayi seharian dan bandingkan dengan kandungan dalam susu dan air mineral. Oleh kerana sodium adalah penyebab utama kerosakan buah pinggang dalam mitos ini, kita tumpukan pada kiraan sodium.
Had pengambilan sodium pada bayi berusia kurang satu tahun ialah 400mg/hari. Manakala 1-3 tahun pula lebih sedikit iaitu 800mg/hari. Kita jadikan 400mg sebagai had ambilan harian dalam kes ini.
Menurut kajian kandungan air mineral di Malaysia pada 2012, kandungan sodium dalam air mineral berpurata antara 0.01mg/L hingga 10.68mg/L. Perhatikan dalam gambar unit asal ialah mg/LITER, maka 10.68mg/L adalah bersamaan dengan 0.01068mg/ml. Ini bermakna satu ml air mineral mempunyai maksimum lebih kurang 0.01mg sodium. 
Mari lihat pula kandungan sodium dalam susu formula bayi. Kadar purata kandungan sodium dalam susu formula bayi pula adalah antara 0.16mg/ml hingga 0.3mg/ml bergantung kepada jenis formula. Bermakna, satu ml bancuhan formula mempunyai maksimum 0.3mg sodium.
Kita ulang semula secara ringkas : 
Satu ml air mineral - 0.01mg maksimum sodium
Satu ml susu formula - 0.3mg maksimum sodium
Jika dibancuh susu dalam air mineral - jumlah sodium ialah 0.31mg dalam satu ml bancuhan susu itu.
Seorang bayi seberat 5kg minum purata 500ml sehari. Jika diberi bancuhan susu dengan air mineral, bayi itu akan dapat 500ml x 0.31mg/ml iaitu 155mg sodium sehari.
Bermakna, untuk melebihi had maksimum pengambilan harian bayi (400mg), jumlah susu diberi perlu 3 kali ganda dari keperluan harian bayi. Jika ini berlaku, bayi tidak sempat mengalami kegagalan buah pinggang kerana bayi tersebut akan mudarat kerana lebihan air dalam badan. 
Maka, tiada masalah bagi membancuh susu formula di dalam air mineral!
Saranan kami :
1. Bancuhan susu perlu lah dilakukan mengikut kadar yang tertulis di tin susu formula.
2. Susu terbaik adalah susu ibu yang mana mengandungi kadar sodium 0.18-0.25mg/ml susu. Namun, jika ada aral dalam penyusuan susu ibu, menambah susu formula bukanlah satu dosa.
3. Apa yang lebih penting ialah penyediaan susu perlu lah dalam air bersih. Jika air mineral yang dibotolkan tidak perlu dididihkan (jika penutup masih belum dibuka). Jika air paip atau mineral terbuka perlu dididihkan bagi membunuh kuman.
Saranan kami juga kepada media semasa, mohon dapatkan fakta yang sahih dari ahli yang bertauliah. Dengan kebanjiran maklumat di media marcapada ini, tapisan yang lebih teliti perlu dilakukan. Apa yang anda kongsikan bisa mengelirukan dan mencetus panik pada masyarakat. Mohon perkuatkan etika kewartawanan anda. 
Kita tak mahu situasi demikian berlaku...
"Abang, air takda ni nak bancuh susu anak, lupa nak bawak termos dari rumah tadi. Air mineral ni boleh bancuh tak bang? Belum bukak lagi ni pun, baru beli je."
"Ehhh...jangan!!! Nanti rosak buah pinggang baby nanti!! Hari tu abang baca kat Sxxxr Hxxxxn, nanti baby kena dialysis!!! Tu ada 100+ kat belakang tu, awak bagi baby yang itu ajee"
Sekian.
[ Sedang mencari penapis air? KLIK SINI ]

Read more: Sumber

MLM Meresap Masuk IPT – Habis Duit PTPTN?


ZAMAN sekarang ini, semua benda memerlukan banyak duit. Sebab itulah ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan lagi lagi kepada golongan pelajar.
 Semalam, menerusi laman Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Joe telah memuat naik satu gambar perkongsian pelajar telah didekati oleh agensi servis Multi Level Marketing atau lebih dikenali sebagai MLM.
Asalnya seorang pelajar telah mendengar seorang individu yang dikenali sebagai Pencetus Ummah dan datang ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor sedang bercerita mengenai syarikat Afilliate Junction atau AJ.
Apa yang mengejutkan ialah lelaki tersebut telah meminta pelajar itu untuk bayar deposit RM100 dan baki sebanyak RM900 selepas mereka menerima wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Mengapa perlu memaksa pelajar menyertai MLM? Ya benar, mereka merupakan golongan yang sangat memerlukan duit. Tapi ia tak bermaksud mereka perlu korban hampir semua wang pinjaman untuk menyertai perkara seperti itu.
Bukan semua MLM itu tipu, tetapi zaman sekarang ini ramai manusia yang mahukan wang dengan segera sampai sanggup menipu orang yang naif. Ada juga skim MLM yang benar cara operasinya.
Namun golongan yang sentiasa mendekati para pelajar ialah kelompok MLM yang aktif menipu dan hanya menaruhkan duit banyak tetapi hasilnya kosong.
Jika anda mencari maklumat yang lebih lanjut mengenai syarikat AJ, anda akan menjumpai banyak artikel mengenai penipuan yang pernah dibuat oleh mereka ini.
AJ menawarkan satu Program Mykad Smart Shopper yang dapat menjana pendapatan. Namun tiada kesahihan mengenai syarikat ini. Adakah ianya benar ataupun salah?
Tetapi apa yang berlaku di UTM itu tidak sepatutnya berlaku. Lagi-lagi bila ia melibatkan pelajar. Penggunaan PU sebagai jurucakap juga perlu dilihat balik. Jika syarikat itu tidak benar, satu hal pula PU tersebut perlu lakukan.

Sebagai pengguna laman Twitter bertanggungjawab, Asrul Muzaffar sekali lagi telah tampil bertanyakan kepada Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengenai syarikat itu.
Namun, agak mengejutkan apabila Yasmin sendiri telah menafikan bahawa syarikat itu adalah rakan kongsi strategik dan mereka juga tidak dibenarkan untuk menggunakan gambar logo syarikat MDEC.
Mungkin tidak dinyatakan di dalam televisyen, namun tetap ada pelajar yang berhabis duit untuk join MLM ini. Para pelajar perlu bijak sebelum melakukan sesuatu perkara. Takut bila dah jadi baru nak menyesal.
Kalau waktu tu baru nak menyesal, menangis pun langsung tak ada guna nanti. Simpan duit PTPTN demi masa depan, bukan untuk join MLM. –
Read more: Sumber

COACHING JANA INCOME SEHINGGA RM10,OOO TANPA MODAL


NAK TAK SAYA GUIDE ANDA? JOM KLIK SINI