Jumaat, 3 November 2017

12 Makanan yang Membantu Mengawal Gula di dalam Darah untuk Pesakit Kencing Manis



Apa itu Diabetes atau Kencing Manis?

Penyakit kencing manis adalah satu penyakit di mana paras gula di dalam darah adalah tinggi. Keadaan ini dipanggil hiperglisemia, iaitu glukosa adalah tinggi di dalam darah, terutama selepas pesakit mengambil makanan.
Terdapat dua jenis Diabetes :
  1. Diabetes jenis pertama (I) : Pankreas, iaitu organ yang menghasilkan insulin (hormon mengawal glukosa) gagal berfungsi.
    • Pesakit memerlukan insulin dari luar untuk pengawalan gula dalam darah.
  2. Diabetes jenis kedua (II) : Badan mengalami kerintangan insulin, iaitu tisu badan kurang sensitif terhadap insulin yang menyebabkan penghasilan insulin berkurangan.
    • Pankreas masih menghasilkan insulin, tetapi perlu dikawal pengambilan makanan, berat badan, senaman, dan pengambilan ubatan.
 Cara Mengawal Diabetes
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Oleh itu, beberapa cara boleh diambil untuk mengawal paras gula di dalam darah, seperti :
  • Penjagaan pemakanan
  • Pengawalan berat badan
  • Pengambilan ubatan
  • Senaman
Kali ini, sihatceriabahagia.com akan mengupas cara alternatif untuk menurunkan paras gula di dalam darah melalui pengambilan makan.
12 Makanan yang Membantu Mengawal Gula di dalam Darah untuk Pesakit Kencing Manis
1. Bawang Putih  - Bawang putih mengandungi allicin dan flavonoid yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan memberikan perlindungan imuniti badan. Bergabung dengan Vitamin B1 (Thiamin) ia membantu pankreas merembeskan insulin dengan baik di dalam badan.
2. Ikan Salmon - Ikan salmon kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras gula di dalam darah dengan meningkatkan sensitiviti badan terhadap tindakan insulin.
3. Lemon - Lemon mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi dan membantu merendahkan skala glisemik di dalam darah.
4. Avocado - Avocado mengandungi lemak buah-buahan yang meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin. Pesakit diabetes dicadangkan mengambil 45-60 gram avocado untuk setiap hidangan untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah.
5. Kekacang - Kekacang seperti seperti badam, cashews,walnut dan kacang tanah membantu badan meningkatkan kerintangan ke atas insulin.
6. Kulit Kayu Manis - Kulit kayu manis kaya dengan antioksidan, boleh dikisar untuk dijadikan rempah masakan mahupun dimasukkan sedikit ke dalam air untuk diminum.
7. Bijirin Oat - Oat mengandungi serat beta-glucan yang membantu merendahkan gula dalam darah dan membantu mereka yang ingin kurus.
8. Ubi Keledek - Ubi keledek dipercayai mengandungi antioksidan dan vitamin B6 yang tinggi yang bagus untuk kesihatan. Mengandungi serat yang tinggi berbanding ubi kentang yang lain, ia juga mempunyai nilai glisemik yang rendah. Ubi keledek mempunyai kesan positif terhadap kerintangan badan terhadap insulin.
9. Peria - Nutrisi phytokimia di dalam sayur peria yang pahit membantu badan menurunkan paras gula dalam badan.
10. Epal - Kajian mengatakan dengan memakan 2 biji epal sehari dapat mengurangkan risiko diabetes jenis kedua dan menurunkan paras gula di dalam darah.
11. Teh Hijau - Teh hijau mengandungi antioksidan tinggi yang sangat bagus untuk kesihatan. Teh hijau menjadi amalan masyarakat Cina dan Jepun dalam menurunkan kadar gula di dalam darah dan mengelakkan diabetes.
12. Soya - Soya dicadangakan oleh para doktor sebagai diet yang dapat mengurangkan paras gula dalam darah kerana ia mengandungi protein yang lengkap tanpa kolesterol dan kurang lemak. Soya dapat mengurangkan risiko diabetes jenis kedua.

Adakah Makanan Alternatif yang Selamat dan Berkesan Diambil Untuk Turunkan Paras Gula Dalam Darah?

Jawapannya, YA, memang selamat dan berkesan jika diambil pada dos yang betul.
Ya, sememangnya MAKANAN memang mempengaruhi kesihatan kita sehari-hari. Apa yang masuk ke dalam tubuh badan, itulah yang diterima oleh sel badan. Jika tinggi nilai gulanya, maka semakin berbahayalah taraf kesihatan kita.
Mengapa kita sangat takut dengan Diabetes atau kencing manis? Kerana sebenarnya dari satu penyakit, seprti kencing manis ini, akan mendedahkan badan untuk mendapat penyakit kronik yang lebih membahayakan kesihatan!
Jika kita susah untuk mengatur menu harian yang mengandungi manfaat dan khasiat yang dapat menurunkan dan mengawal paras gula di dalam darah, anda boleh mencuba untuk mengamalkan supplement sebagai satu alternatif yang lebih tersusun untuk diet seharian kita.
Bukan bermakna kita bergantung pada supplement semata-mata dan elakkan makan, tetapi, lebih baik mengambil supplement semulajadi yang selamat dan tahu nilai dosnya berbanding mengambil rawatan ubat sintetik yang akhirnya juga menyebabkan kerosakan organ di masa hadapan!
Sumber : http://sihatceriabahagia.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan